Dari Abi Dzar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW masuk ke rumah Aisyah ra.
dan beliau bersabda, Wahai Aisyah, maukah kamu kuberikan kabar
gembira? Ayahmu (Abu Bakar Ash-Shiddiq ra.) di surga, temannya adalah
Nabi Ibrahim as. Umar di surga dan temannya adalah Nabi Nuh as., Utsman
di surga dan aku temannya. Ali di surga dan temannya adalah Yahya bin
Zakaria. Thalhah di surga dan temannya Nabi Daud as. Az-zubair di surga
dan temannya Nabi Ismail as. Sad bin Abi Waqqash di surga dan temannya
Nabi Sulaiman bin Daud. Said bin Zaid di surga dan temannya Musa bin
Imran. Abdurrahman bin Auf di surga dan temannya Isa bin Maryam. Abu
Ubaidah bin Al-Jarrah di surga dan temannya Idris as. Wahai Aisyah, aku
junjungan para nabi, ayahmu shiddiqin yang paling utama dan kamu adalah
ummul mukminin.
1. ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ:
Abu
Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu'anhu (RA) adalah khalifah pertama,
setelah Nabi wafat. Beliau sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah,
ke manapun Nabi pergi, beliau selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul
dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang
penuh dengan risiko.
Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan
Nabi. Belia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya
untuk mempercayai ajaran Islam, kerana beliau tahu betul keagungan
ahklak Rasulullah.
Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa
Isra Mi'raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan
peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, beliau diberi gelar oleh Rasulullah
yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ). Abu Bakar
wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ). Beliau dimakamkan di Madinah
bersebelahan dengan makam Rasulullah.
2. 'UMAR BIN KHATTAB:
'Umar
bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Beliau termasuk sahabat yang
sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, beliau dikenal sebagai
seorang yang gagah perkasa dan sering mabuk. Seluruh penduduk Makkah
merasa takut kepadanya.
'Umar memeluk Islam setelah mendengar surat
Thoha yang dibacakan saudara perempuannya. Dia sangat keras dalam
membela agama Allah. Beliau menjadi salah satu benteng Islam yang mampu
menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.
Saat
'Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah.
Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam kurun waktu satu
tahun (636-637M). Pemimpin yang sederhana dan peduli pada rakyatnya ini,
wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat (23 H/644
M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.
3. 'USTMAN BIN AFFAN:
'Ustman
bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat
kepemimpinannya,beliau berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya
dalam bentuk mushaf Al-Qur'an. 'Ustman bin Affan masuk Islam lewat
ajakan Abu Bakar. Beliau mendapat gelaran Dzun Nur 'Ain ( pemilik dua
cahaya ), kerana menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum.
'Ustman
dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Beliau selalu menafkahkan
hartanya di jalan Allah. Saat berlakunya peperangan Tabuk, 'Ustman
menyumbang lebih daripada 940 ekor unta, kemudian membawa 60 ekor kuda
untuk menggenapinya menjadi 1000. 'Ustman wafat pada tahun 35H atau
655M.
4. 'ALI BIN ABI THALIB:
'Ali
bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah
orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak. Ali terkenal
orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat
peristiwa
hijrah, 'Ali tidur di atas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara
Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam
rumah. 'Ali wafat pada tahun 40 Hijrah, setelah ditikam oleh Abdurrahman
bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah shalat shubuh. Beliau
meninggal dalam usia 63
tahun dan memegang jawatan khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.
5. THALHAH BIN ADDULLAH:
Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Beliau berasal daripada suku Quraisy.
Saat berlakunya perang Uhud, Thalhah telah ikut serta. Dalam peperangan tersebut beliau menderita kerana
luka
parah. Dia menjadikan dirinya sebagai sebuah perisai bagi Rasulullah
dan mengalihkan panah yang akan mengenai diri Nabi dengan tangannya.
Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M.
Beliau syahid ketika mengikuti perang Jamal.
6. ZUBEIR BIN AWWAM:
Zubeir
bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun
al-awwalun). Usianya pada saat itu baru berumur 15 tahun. Pembelaannya
terhadap Islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah tertinggal dalam
berbagai pertempuran bersama kaum muslimin. Beliau selalu berada di
barisan hadapan medan peperangan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari
hasil peperangan. Beliau sangat dicintai Rasulullah. Ketika terjadi
perselisihan faham di antara kaum muslimin, Zubeir tidak sedikitpun
memihak yang berseteru. Ia malah berusaha menyatukannya. Zubeir ditikam
ketika sedang menghadap Allah, beliau wafat pada tahun 36H atau 656M.
7. SA'AD BIN ABI WAQQAS:
Sa'ad
bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat mahir
menunggang kuda dan memanah. Jika belia memanah musuh dalam sebuah
peperangan pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan belia
ikuti.
Saat awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok
makan dan minum. Dengan harapan, Sa'ad kembali ke ajaran nenek moyang.
Namun, hampir sang ibu menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak
dihiraukan oleh Sa'ad. Beliau tidak menjual keyakinannya dengan apapun,
sekalipun dengan nyawa ibunya.
Pada zaman pemerintahan khalifah Umar
bin Khatab, Sa'ad diangkat sebagai panglima tentera. Sa'ad wafat pada
usia 70 tahun (55H atau 676M). Beliau di makamkan di tanah Baqi'
8. SA'ID BIN ZAID:
Sa'id
adalah di antara sahabat yang beruntung. Dia masuk Islam bersama-sama
isterinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan 'Umar bin Khattab.
Sa'id membaktikan segenap daya dan tenaganya untuk berkhidmat kepada
Islam. Ketika memeluk Islam usianya belum genap 20 tahun.
Sa'id turun
berperang bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Beliau juga turut
bersama kaum muslimin menjatuhkan dan meruntuhkan pemerintahan
[singasana] Kisra Persia. Sa'id pernah diperintahkan Rasulullah
mengintip aktiviti musuh. Beliau wafat dalam usia 70 tahun (51H atau
671M) dan di makamkan di Baqi' Madinah.
9.'ABDURRAHMAN BIN 'AUF:
'Abdurrahman
bin 'Auf termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam. Beliau termasuk
di antara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah hasil aktiviti
perniagaan. Kejayaannya tidak membuat beliau lupa diri, sebaliknya
beliau selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Bahkan saat dia
diberitakan Rasulullah bahwa dirinya dijamin masuk surga, semangat
sedekahnya makin membara. Tak kurang dari 40.000 dirham perak, 40.000
dirham emas, 500 kuda perang, dan 1.500 ekor unta beliau sumbangkan
untuk perjuangan Islam. Abdurrahman sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak
2 kali. Beliau wafat pada
umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi'.
10. ABU 'UBAIDAH BIN JARRAH:
Rasulullah
pernah memberikan pernyataan tentang Abu 'Ubaidah. "Sesungguhnya setiap
umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya kepercayaan umat ini
adalah Abu 'Ubaidah," begitu kata Rasulullah. Abu 'Ubaidah orang yang
amanah dan jujur dalam berperilaku.
Abu Ubaidah masuk Islam melalui
perantara Abu Bakar Ash-Shiddik pada awal kerasulan nabi Muhammad SAW.
Ia beberapa kali dipercaya Rasul memimpin peperangan. Ia wafat pada
tahun 18H atau 639M.
Rasulullah
Shallallahu alaihi wa sallam bersabda : Semua umatku akan masuk surga
kecuali yang tidak mau. Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah,
siapakah orang yang enggan? Beliau menjawab, Barangsiapa yang taat
kepadaku dia masuk surga dan barang siapa yang melanggar perintahku dia
tidak mau. (HR. Bukhari)
Related Posts :